Senarai episod Fara_(siri_TV)

Musim pertama

#JudulSiaran pertamaRingkasan
1Hai Fara Di Sini!13 Februari 2007Pencarian suara baru Panas FM yang berada dalam kemelut sambutan pendengar, berakhir dengan penemuan Fara sebagai juruhebah di BB Plaza.
2Rajuk Tak Ke Mana20 Februari 2007Hubungan tegang Fara dan rakan sekerjanya, Din JJ, menyebabkan Fara kesal menjadi juruhebah lalu pulang ke kampung halamannya, namun setelah dipujuk melalui cerita dari seorang kenalan lama, maka dia digalakkan kembali ke konti.
3Jejaka Idaman27 Februari 2007Fara merapatkah hubungan dengan Sean, seorang kawan Wanda, yang menghadiahkan sekeping CD motivasi kepada Fara, lalu menimbulkan salah faham di stesen.
4Buaya Internet6 Mac 2007Sikap dengki terhadap populariti Fara mendorong Din untuk "meminjam" akaun e-mel Fara untuk membalas surat dengan niat jahat. Akibatnya, Fara terpaksa melayan gangguan dari seorang bergelar "Buaya" yang tidak pernah dijumpainya.
5Hari Malang13 Mac 2007Pada hari yang Din sepatutnya menjayakan temu janjinya dengan teman wanitanya, dia pula ditimpa nasib malang sepanjang hari.
6Cita-cita dan Cinta20 Mac 2007Para krew Panas FM membantu, Jaya, suami Sanju, menujuk isterinya yang benci akan majlis hari jadi itu menyambut hari jadinya dengan bahagia.
7Salah Pancing27 Mac 2007Wanda dengan tidak sengaja mendedahkan bahawa dia jatuh cinta kepada konsultan imej baru Panas FM, Nabil, yang tiba untuk membantu meningkatkan ketahanan populariti Panas FM melalui penukaran imej terhadap para juruhebah.
8Tak Padan3 April 2007Jimmy didorong untuk menyerlahkan kelelakiannya setelah menghadapi rasa jelik Samad, pengawal keselamatan bangunan Panas FM. Namun, itu tidak bertahan lama setelah rakan sekerjanya pula jelik dan anak Samad kembali dengan penampilan keperempuanan.
9Lady Driver10 April 2007Kereta Fara terlanggar oleh kereta di belakangnya, lalu pergaduhan antara Fara antara pemandu kereta lain itu meninggalkan rasa dendam dan tanggapan buruk terhadap pemandu lelaki.
10Apa Kes?17 April 2007Sanju memecat Wanda kerana menyebabkan Panas FM tersiar khabar yang menyinggung perasaan seorang artis lalu menggantinya dengan orang baru yang berperwatakan jauh berbeza daripada Wanda.
11Duta Produk24 April 2007Nama Fara dijadikan jenama krim kecantikan terbaru Dr Salim, tetapi sebenarnya krim itu didapati tidak selamat digunakan.
12Cincang Air (bahagian I)1 Mei 2007Pihak pengurusan Panas FM membuat keputusan untuk memisahkan Fara dan Din. Sejak itu, Din muram kerana Maya memutuskan hubungannya kerana ditegah abangnya Rosman. Fara campur tangan dalam hal Din tetapi hanya memburukkan keadaan.
13Cincang Air (bahagian II)8 Mei 2007Din meletak jawatan dari Panas FM dengan perasaan geram atas apa yang menimpanya dengan Rosman. Fara berasa serba salah lalu mengadakan segmen khas untuk para pendengar meluahkan perasaan mereka mengenai Din. Tetapi tiba-tiba Din kembali ke Panas FM dengan syarat.

Musim kedua

#JudulSiaran pertamaRingkasan
1Anak Seni29 Januari 2008Din JJ terpaksa bergelut dalam acara membaca syair sementara Fara berpeluang mendekati anak-anak yatim.
2Kawan Lama5 Februari 2008Sepucuk surat jemputan daripada "rakan" sekolej lama mengungkitkan kenangan pahit Fara, apapun dia terpaksa ke partinya, seblum diheret ke dalam "isu politik" yang kecil.
3Selebriti12 Februari 2008Fara dan Din JJ menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem. Din tercedera dalam penggambaran dan menyedari bahawa bidang lakonan itu tidak semudah itu, sementara Fara teruja menantikan filem itu keluar di pawagam kelak.
4Tukaran Wang19 Februari 2008Din melibatkan dalam satu "skim tukaran matawang asing" yang agak mencurigakan dan terpaksa meminjam duit Wanda untuk pelaburan itu. Akhirnya mereka berdua tertipu.
5Budak Praktikal26 Februari 2008Tibanya seorang pelatih untuk bekerja di Panas FM, dan Fara menjadi penyelianya. Din JJ cuba meyakinkan Sanju bahawa dia dapat melatih orang baru itu dengan lebih baik.
6Janji4 Mac 2008Seorang lelaki tidak dikenali menyerahkan sejambak bunga kepada Wanda untuk disampaikan ke "wanita yang tercantik" di Panas FM. Rupa-rupanya lelaki itu bekas teman lelaki Sanju.
7Tikus Si Labu11 Mac 2008Sistem komputer pejabat Panas FM terjejas dan Din mengambil kesempatan menunjuk-nunjuk "kepakaran" membaiki komputer. Namun, seperti yang dijangka, din memburukkan keadaan sehingga bekalan elektrik terputus juga.
8Lesen Terbang18 Mac 2008Musim perayaan telah tiba, dan Wanda teruja beria-ia hendak memandu kereta. Din JJ sekali lagi menipu Wanda agar membeli lesen tanpa perlu belajar memandu.
9Juri Realiti25 Mac 2008Fara dan Din JJ dijemput untuk mengadili pertandingan naynyian radio. Tetapi, Fara menjadi curiga apabila digesa penganjur untuk memuji seorang peserta tanpa mendengar suaranya terlebih dahulu.
10Cinta Jimmy1 April 2008Jimmy sudah bertemu dengan cinta pertama yang berbentuk seorang wanita yang baru dipindahkan ke ibu pejabat syarikatnya yang kebetulan berhampiran dengan premis Panas FM.
11Tetamu Studio8 April 2008Pejabat Panas FM menjadi hiruk-piruk apabila tetamu jemputan membatalkan penampilannya pada saat-saat akhir. Jimmy bertungkus-lumus mencari seorang kawan Wanda sebagai penggantinya, tetapi tersilap orang lagi.
12Siapa Ketua15 April 2008Suhaimi, Pegawai Eksekutif Panas FM datang ke konti untuk memantau kakitangan stesen radio, tetapi pada masa sama mengundang rasa was-was Sanju. Setelah berlakunya keterlanjuran di udara, Suhaimi mengambil kesempatan menjalankan komplot terhadap Sanju.
13De Javu22 April 2008Fara cedera parah ditimpa kemalangan jalan raya lalu dikejarkan ke hospital. Berita ini mengejutkan keluarga dan rakan sekerjanya lalu mengingatkan detik-detik mereka bersama Fara selama ini. Demi menepati janji kepada para pendengar, sesudah Fara sedar dia mengadakan temubual dengan Ella dari wad.

Musim ketiga

#JudulSiaran pertamaRingkasan
1Siapa Hebat11 November 2008Hisham, wakil dari sebuah penaja Konsert Ulang Tahun Panas FM, mula bekerja di pejabat Panas FM untuk memantau rancangan Fara yang turut ditaja syarikatnya. Warga kerja Panas FM yang lain memerhati gerak-geri Hisham apabila berdekatan dengan Fara seolah-olah Hisham minat terhadap Fara.
2Duta Gelang18 November 2008Din berurusan dengan seorang ejen pemasaran berbilang tingkat yang mengaku menjual gelang mujarab, dan mengheret Fara sekali dalam perniagaan ini. Akhirnya setelah menyaksikan demonstrasi, mereka berdua tidak yakin akan keberkesanan produk terbabit lalu keluar dari urusan itu sekali.
3Cinta Buta Buta Cinta25 November 2008Fara hampa kerana di tengah jalan memutik perasaan dengan Hisham, rupanya Hisham sudah berpunya. Retak hatinya terubat apabila bertemu semula dengan kawan lamanya Farid di galeri seni. Jimmy kecewa setelah mendapat khabar bahawa kakaknya sudah berputus tunang, atas alasan "cinta tak boleh dipaksa", tetapi lagi teresak-esak kerana tumpang gembira apabila mendapati kakaknya itu mengahwini seroang kawan lamanya.
4Panas…Panas2 Disember 2008Panas FM menjemput kedatangan "ketua" penaja rancangan Fara dan Din iaitu Diana, iaitu teman wanita Hisham dan juga anak perempuan kepada majikan Hisham. Diana membuat beberapa tuntutan yang membuat krew Panas FM terasa janggal dan kurang senang gara-gara khuatir akan menjejaskan identiti Panas FM.
5Gali Lubang Tutup Lubang9 Disember 2008Pengurusan Panas FM diambil alih oleh pihak penaja rancangan Fara, oleh itu Diana selaku pihak pengurusan baru mengumumkan langkah-langkah drastik untuk mengubah Panas FM termasuk memberhentikan Nordin. Krew Panas FM membantah lalu memujuk Diana untuk menarik balik pemberhentian Nordin, termasuk Fara mengugut untuk sama meninggalkan Panas FM sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Tan Sri Ramli pun muncul untuk meredakan keadaan.
6Siapa Bos?16 Disember 2008Diana mencadangkan radio drama disiarkan di Panas FM, tetapi dibantah Hisham, lalu timbulnya perbalahan antara mereka yang dicampuri hubungan Hisham dengan Fara yang menimbulkan perasaan syak wasangka dalam diri Diana. Sungguhpun dipujuk Tan Sri Ramli, Fara tetap dengan keputusan untuk berpisah dari Panas FM dan mula menerima tawaran untuk berkhidmat di stesen lain.
7Simpan Rahsia23 Disember 2008Pemergian Tan Sri Ramli menggemparkan seluruh warga kerja Panas FM dan Fara pula tak jadi meninggalkan Panas FM, tetapi Diana yang sepatutnya berkabung makin pelik perangainya. Pada suatu hari, Diana berkongsi rahsia dengan Fara bahawa dia ada teman lelaki kedua, maka menyebabkan Fara tertekan dan berkelakuan pelik di tempat kerja.
8Rahsia Diana30 Disember 2008Rakan-rakan Fara akhirnya mengetahui rahsia besar yang disimpan Fara, lalu merancang sesuatu untuk mengajar Diana mengenai sikap curangnya.
9Skandal6 Januari 2009Hisham lega menamatkan hubungan dengan Diana, tetapi timbulnya masalah baru apabila cerita hubungan Hisham dan Sanju muncul di tabloid, sekaligus mengeruhkan lagi hubungan Diana dengan krew Panas FM, khususnya hendak mengenakan Sanju.
10Amukan Nordin13 Januari 2009Fara dan Sanju bercuti di Port Dickson untuk menjauhkan diri dari suasana haru-biru Panas FM. Di pejabat pula, Din semakin panas baran lalu cuba "menguasai" Diana dan Panas FM serta melakukan perubahan drastik di Panas FM.
11Gila Kuasa20 Januari 2009Seluruh warga kerja Panas FM rimas dengan kekuasaan Din dan betapa jinaknya Diana terhadap "ketua" baru stesen radio mereka. Mereka harus cuba memulihkan keadaan sebelum kehilangan ramai pendengar.
12Madah Penuh Helah3 Februari 2009Panas FM berjaya dikembalikan ke format asal, tetapi dendam antara Fara dan Diana belum reda. Diana menyambungkan kontrak Fara tetapi mensyaratkan Fara bersama Din dipindahkan ke slot larut malam.
13Sandiwara Panas FM10 Februari 2009Fara dan Sanju tak tertahan kerenah Diana maka mereka cuba mengajar Diana mengenai kesan sikap dengki Diana terhadap prestasi Panas FM. Fara meluahkan perasaannya kepada Hisyam.